Assalamualaikum, penulisan kali ini adalah mengenai permainan tradisional di Negeri Sembilan. Memandangkan saya yang berasal dari Negeri Sembilan, jadi saya ingin bercerita mengenai batu seremban. Pada asalnya batu serembat ini dikenali sebagai batu selambut. Permainan ini lebih cenderung kepada kanak-kanak perempuan dan biasanya dimain berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Permainan ini menggunakan objek seperti guli, ketulan biji getah dan ketulan batu kerikil. Objek ini dikenali sebagai buah.
Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Namun, terdapat perubahan bagi penggunaan objek tetapi cara permainan masih lagi sama. Jika dahulu menggunakan batu kerikil, bijih getah atau sebagainya, tetapi sekarang menggunakan kacang, beras atau sebagainya yang telah dibungkus menjadi uncang. Hal ini kerana, biji getah atau batu kerikil sukar untuk didapati. Jadi mereka mentranformsikan bagi memudahkan permainan supaya tidak dilupakan dari zaman ke zaman.
Berikut merupakan gambaran batu seremban yang telah ditranformasikan. Di samping itu, jika kita menggunakan batu kerikil mungkin akan mencederakan tangan kita. Jadi, jika kita menggunakan batu seremban seperti ini ia tidak akan mengakibatkan kecederaan. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan selamat mencuba !
Sekian,